Link

Thursday, February 18, 2010

Persiapan Menjelang Kenduri Kawin...

Menjelang kenduri kawin akim(penulis) ni...kelihatan seluruh keluarga kami sibuk bertungkus lumus membuat persiapan..maklum la..adik yg last..hihihi...


Tema warna adalah Black and White maka warna bunga pun ikut temalah..
kredit kepada Kak Nin yang berperanan sebagai decorator..



Pintu gerbang ini sedang dihias oleh Cik Munirah...haaa...buat cantik2 nnt acik belanja kad topup...hehehe..



Bahagian jahit-menjahit ni serah pada Kak Mong (wajahnya tidak dapat disiarkan atas permintaan beliau yg ketika itu belum mekap lagi)...jahitan dan idea adunan warnanya mmg kemas dan teratur..nnt dah pencen boleh bukak kedai Tailor...




Kak nin dengan gubahan bunga2nya..




Yang ini adalah idea mak...mak berhajat untuk membuat satu ruang untuk org yg datang rewang agar lebih selesa..maka ini lah hasilnya...dah siap dah pun...




Yang ini pulak 2 org arkitek (Abg Mansor dan Abg Malek) sedang berbincang mengenai pembinaan background pelamin di banglo milik Abg Husin...



terdapat masalah semasa pemasangan lampu dan pelbagai cara telah digunakan..setelah berfikir semasak2nye selama setengah jam..mereka berdua telah sepakat untuk merujuk kepada tauke cine yg menjual lampu ini..



Hasil tangan yg kemas dari Abg Malek...




Baiklah...bukan ini sahaja..ada lagi persiapan2 lain yg dilakukan oleh ahli keluarga yg lain namun tak sempat dirakam oleh lensa ini...mungkin di episod ke-2 nnt..

No comments:

Post a Comment