Untuk pengetahuan semua
17 Nov 2010 bersamaan
10 Zulhijjah 1431 adalah tarikh Hari Raya Aidiladha..OK..yang tu semua bdk2 kecik pon tau..tapi apa yang penulis ingin beritahu disini adalah seperti tahun lepas, tahun ni punya Raya Haji pun ada membuat korban.
Tahun lepas majlis korban diadakan dirumah baru
Abang Rahim..tahun ni buat dekat rumah baru
Abang Husin plak..Ibadah korban tahun ini adalah hajat Kakak Asiah dan Abang Mansor
Ini adalah lembu yang dikorbankan tahun ini..cukup syarat untuk dijadikan haiwan korban.. berkaki empat, tidak cacat, tidak berpenyakit dan cukup umur.
Sesi menumbangkan lembu sebelum disembelih..part ni kene ada yang pakar dan berani seperti
Abang Husin dan beberapa jiran terdekat. Kalau tak kene caranya memang tak tumbang lembu tu..hehe..
Bila dah tumbang kene pusing badan lembu tu menghadap kiblat sebelum boleh disembelih..ini kene tarik ramai2 nih..
Dengan bantuan jiran2 dan orang2 kampung, proses menumbangkan lembu menjadi mudah. Walaupun ramai yang datang sekadar untuk tengok..haha..yela..takkan nak pegang lembu sampai 20 orang..yang tak pegang lembu time ni kene melapah kulit dan daging plak..
Pak Lias selaku penyembelih bertauliah ditugaskan untuk menyembelih lembu pada hari tersebut memandangkan
Pak Salleh sendiri ada buat korban pada waktu yang sama.
Ok..selesai sudah proses penyembelihan...
Aaa..setelah dipastikan bahawa lembu diatas benar2 telah mati, maka
Abang Husin telah merasmikan proses melapah kulit.
Proses melapah daging (ground)...
Alik, Abang Rahim dan
Pak Lias...
Yang ni pulak pakar2 melapah daging gantung diketuai oleh
Lek Suratman (berkopiah putih) ..kejap je dah tinggal tulang..
Abang Mansor tidak ketinggalan menunjukkan kepakarannya memotong tulang..
Tetapi Abang Husin lebih pakar dalam ilmu memotong tulang ni..pantas dan efisien..hehe
Kaum2 ibu sempat berpiknik di bawah pohon sambil menikmati manisan tebu sementara menunggu kaum lelaki selesai menyembelih lembu.
Ok..tugsd diorg ni kene potong2 daging dan timbang lebih kurang 1kg dan bungkus untuk diedar kepada org2 kampung.
Tauke dah kluar buku senarai nama org2 kampung untuk pengagihan daging..
Budak 2 org ni dari start majlis smp abis asik berbincang masalah negara tak habis2..
Ok..2 org ni pulak berpiknik bawah pokok kelapa..nk piknik pegi kt laut la nurul dan zura...
Secara keseluruhannya, majlis korban tahun ini sama meriah seperti tahun lepas..dan kerja2 memproses haiwan korban mengambil masa lebih kurang 2 jam sahaja..terima kasih kepada jiran2 dan org2 kampung yang datang bergotong royong membantu..
Sekian untuk entri kali ini..